GAWAT DI GELANGGANG FUTSAL

Oleh NORLINA BINTI RUSLI 

Nilai- Gawat, apabila menyaksikan gelagat-gelagat beberapa pemain mahasiswi yang menyertai pertandingan futsal di peringkat SUFA di kompleks sukan USIM ini.            Pertandingan futsal SUFA ini merupakan penyertaan terbuka kepada mahasiswa-mahasiswi USIM dari semua fakulti.             Gerakan lincah pemain-pemain mahasiswi menggelecek bola menggamit suasana para penonton dan penyokong yang datang untuk menyaksikan pertandingan futsal pada hari tersebut.            Aksi hebat mereka di gelanggang futsal ini menunjukkan kepada mahasiswa-mahasiswa USIM bahawa mereka juga mampu dan mempunyai bakat yang terpendam dalam arena sukan futsal ini.            Pasukan mahasiswi dari Fakulti Sains Teknologi telah menjuarai pertandingan futsal ini dengan melakukan jaringan penalti sebanyak 1-0 dan menang tipis bertemu dengan pihak lawan dari Fakulti Syariah Undang-undang.            Berpegangkan pada satu misi “yang gagah biar megah, yang menang biar layak dan yang kalah biar bermaruah” telah membuktikan kepada pasukan-pasukan lain bahawa mereka muncul sebagai juara.             Noralina bte Zainal Abidin,21, amat gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh pasukannya dalam pertandingan futsal ini.            “Saya tidak menyangka pasukan kami layak hingga ke peringkat akhir dan amat bersyukur dengan kejayaan yang kami perolehi ini”.            Beliau merupakan penjaga gol dan selaku ketua pasukan Fakulti Sains Teknologi ini amat menitikberatkan disiplin ketika berada di dalam latihan.            Pasukan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dari kalangan mahasiswa pula telah menjadi johan keseluruhan bagi pertandingan futsal ini.            Dengan jaringan sebanyak 2-0 telah berjaya menumpaskan pihak lawan dari Fakulti Ekonomi Muamalat.            Apa yang jelas di sini, mahasiswa dan mahasiswi USIM bukan sahaja berjaya mempamerkan bakat-bakat mereka, malah melahirkan beberapa wira universiti yang mampu menempuhi pelbagai cabaran dalam arena sukan di peringkat yang lebih tinggi.      

 

Published in: on April 2, 2008 at 11:45 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://804l.wordpress.com/2008/04/02/gawat-di-gelanggang-futsal/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: