Adam AF hangatkan suasana

Oleh NORLINA BINTI RUSLI 

NILAI- Adam AF2 yang terkenal dengan lagu “Hai” telah membuat persembahan pada malam program “Keluarga Bahagia Tanpa Dadah” anjuran Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di Nilai 3.                Persembahan pada malam itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk berdekatan khususnya para belia dan pengunjung –pengunjung yang datang ke pusat membeli belah terkenal itu.Program Keluarga Bahagia Tanpa Dadah ini diadakan selama tiga hari yang bemula pada 15 Feb 2008 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Yusof Harmuin, ADUN Sekinchan.                Artis yang turut menghiburkan  pada malam itu ialah artis-artis tempatan yang lain seperti Salwa, A.Rahman Onn, Ejam, Nas Adila, dan Anis Anisah.                Adam AF, 23, ketika ditanya pendapat tentang program Keluarga Bahagia Tanpa Dadah ini amat berbangga kerana dijemput oleh pihak penganjur untuk turut serta menjayakan program ini di Nilai 3.                “Saya cuba buat yang terbaik untuk menjayakan persembahan pada malam ini supaya dapat menarik perhatian belia dan memberi galakan kepada mereka agar menjauhi dadah,” katanya lagi.                Adam juga meletakkan harapan tentang program ini agar diteruskan ke seluruh negeri.                “Saya berharap agar belia kita dapat menghindari dadah dan kalau boleh jangan cuba untuk merokok sekalipun,” kata bekas pelajar AF2 ini dengan penuh harapan.                  Persembahan tersebut menarik perhatian para penonton kerana dapat berpeluang menyanyi dan menari bersama artis-artis jemputan tersebut..                Apa yang menarik lagi pada malam itu adalah acara gimik Belia Benci Dadah yang disertai oleh YB Dato’ Haji Mohd Yusof Harmuin, ADUN Sekinchan diiringi oleh En.Kamaruzaman bin Ariffin yang merupakan penganjur besar program ini dan juga disertai oleh artis-artis jemputan itu.                Acara gimik tersebut ialah pembakaran api secara beramai-ramai yang menunjukkan belia benci dadah dan jauhi untuk mendekati najis dadah yang disertai oleh para belia, ibu bapa, dan kanak-kanak.                                En. Abdul Karim bin Lajis, 59, pengurus Syarikat AKMA berkata, program keluarga bahagia tanpa dadah ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat khususnya belia dan ibu bapa kerana ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.                “Program sebegini kurang didedahkan dan mendapat sambutan dari belia-belia tempatan. Ini kerana mereka takut untuk datang ke program ini dan risau ditangkap oleh pihak-pihak berkuasa dan PEMADAM,” katanya lagi.                Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM dan MPN merupakan penganjur besar bagi program ini.                Banyak syarikat korporat dan agensi swasta turun ke padang untuk memberi komitmen bagi menjayakan program ini antaranya ialah Syarikat Naza Bike, Proton, Sabun Bius Sinar, Kraftangan, Artisi Food Court, Tajuddin Food Court, AKMA, dan ketinggalan juga anggota-anggota bomba dari Nilai yang datang untuk membuat pameran di sini.                Seorang belia Mohd.Zakrul bin Hisyam,24, pekerja swasta, berkata program seperti ini seharusnya diadakan di sekolah-sekolah, IPTA/S, syaikat-syarikat swasta dan awam.                “Penerapan program seperti ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak dan perlu bergerak secara aktif,” tambahnya lagi.                Abdullah bin Malik, 34, penjawat awam, berpendapat bahawa program ini jarang mendapat sambutan oleh semua pihak kerana ia merupakan program ilmiah dan sampingan sahaja.                “Pihak penganjur seharusnya menyediakan aturcara-aturcara yang menarik dan sekaligus menggalakkan para belia menyertai program ini”.    

Published in: on April 2, 2008 at 11:43 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://804l.wordpress.com/2008/04/02/adam-af-hangatkan-suasana/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: