Oleh Norlina binti Rusli
Bandar Baru Nilai – Beberapa pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dilanda kerungsingan kerana berhadapan dengan masalah kerosakan lif yang berlaku kerap kali. Mereka menggunakan kemudahan lif ini setiap hari untuk menghadiri ke kuliyah dan turun untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. Penuntut dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM, Nor Ain binti Manap, 22 tahun meluahkan rasa kebimbangan untuk menggunakan kemudahan lif ini. “Saya terpaksa meggunakan tangga kecemasan untuk turun ke bawah membeli makanan.” Menurut sumber lain, beberapa pelajar telah terperangkap dalam lif selama 15 minit sehingga dapat dikeluarkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu. Tambahan pula, pelajar-pelajar senior USIM di sini terpaksa berebut untuk menggunakan perkhidmatan lif ini ketika pergi dan pulang dari kelas. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk mengatasi masalah yang melanda ini supaya tidak berulang lagi.
Cte menarik, pas ni mesti akak pun tkut nak naik lif…hehe, klu ada pic lg cantik kan, keep it, all the best
assalamualaikum….
lina….truskn usaha lg…brita ni ok…tp kemas2kn skit yea….
Salam…
Best gak citer nie…Apa2pun bagi sesiapa yang ingin menggunakan lif or yang selalu menggunakn lif dalam segala urusan diharap agar lebih berhati2 dan berwaspada.Tp kalo ada pic. masa pengguna lif ngan gelabah lagi menarik.Leh kita tengok gelagat orang tue.He3 tak baik la.
menariklah crte nie..buatlah aduan..ni bahaya untuk pelajar atau pun orang luar..kalau terperangkap mcm mane?nnti mesti anda takut nak naik lif kan?dah jadi trauma..good effort.good luck