ETIKA MEDIA MASSA : KE ARAH MANA?

Oleh :Ustaz Abdul Ghani Samsudin

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu kemaslahatan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan.

(Surah al-Nisa' : 135) " …. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu
sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)"
(Surah al-Baqarah: 42)
 

MUQADDIMAH

Perkembangan mutakhir dalam kegiatan media massa kini menjurus kepada
sikap apathetic terhadap nilai-nilai etika. Bahkan lebih jauh- dalam
kempen-kempen pilihanraya - ia lebih ganas dan lancang menginjak
nilai, kod etika, kaedah, syariat dan norma-norma tradisi umat.
Pembohongan , penipuan , pemalsuan, perlakonan dan penganiayaan
dibuat seolah-olah ianya suatu kebajikan untuk mendapat rahmat tetuan
baru dalam budaya hidup moden yang memuja kepentingan diri, pangkat,
kuasa dan pengaruh. Penguasaan pihak tertentu terhadap media massa
menyebabkan keadaan semakin tenat. Sikap memihak yang keterlaluan
atau crudely bias menghakis profesionalisme mencabul etika profession
kewartawanan. Hal ini dipertegaskan oleh seorang bekas ketua
pengarang sebuah akhbar Melayu yang menyalakan; "Sikap bias melulu media massa yang tidak dilindungi oleh kehalusan
dan kecanggihan profesionalisme dilihat dan dirasakan sebagai an
insult to the public intelligence" (1)
Dalam waktu yang sama kerana keghairahan untuk bersikap "bias" kepada
sumber wang dan kuasa secara profesional, para petugas media massa
memutarbalikkan fakta dan argumen sehingga tampak bagai benar dan
sebaliknya. Oleh kerana gejala sosial seperti ini merupakan pertunjuk
ke arah dekadensi moral golongan elit dan petugas media massa, maka
perkara ini perlu disorot dan dikaji secara mendalam untuk dirumuskan
agenda-agenda bertindak yang boleh menyelesaikan masalah tersebut
demi meningkatkan kewarasan, mutu profesionalisme dan kesejahteraan
urnat. Untuk itu kita perlu menjelaskan hakikat dan peranan media massa,
teori yang mencorakkan media, etika media massa, sebaran atau
informasi Islam, ciri-ciri informasi Islam, etika media massa Islam
dan saranan-saranan yang berkenaan.

2. MEDIA MASSA DAN PERANANNYA

Manusia hidup memerlukan maklumat.Tanpa maklumat manusia sukar
menikmati sesuatu kehidupan yang selamat dan efektif. Wiener
menegaskan; " Untuk dapat hidup efektif orang harus hidup dengan cukup informasi.
Dengan demikian maka komunikasi dan pengawasan menampakkan bahagian
hakiki bagi hidup manusia."
Jadi untuk menjadi warga bermaklumat manusia perlu berinteraksi dan
berkomunikasi dengan sumber ilmu sama ada secara langsung atau
saluran komunikasi bersemuka mahupun melalui media rnassa yang
menyalurkan ilmu dan berbagai maklumat; sama ada berita, hiburan dan
lain-lain. Media massa sekarang mengarah kepada penggunaan teknologi
terkini yang canggih dan berbagai bentuk untuk mempengarubi pemikiran
massa atau orang ramai. Benarlah kata orang, siapa yang menguasai
media ia menguasai informasi atau maklurnat: Manakala siapa yang
menguasai maklumat dialah yang menerajui kuasa. Media massa merangkumi berbagai jenis alat penyebaran informasi: la
merangkumi media cetak , media siaran dan teknologi komunikasi yang
menggabungkan komputer dan televisyen dll.
Sebagai saluran maklurnat dan sumber informasi yang sangat
mempengaruhi kehidupan manusia media massa menjadi 'carrier of social
process" bahkan lebih jauh menurut Dewey : Society exist by and in
communication.
 Media massa dalarn peringkat sekunder bermatlamat untuk;

a. mencapai masyarakat lebih luas, ertinya mencapai (sasaran) yang
lebih luas daripada yang dimungkinkan oleh komunikasi langsung.
 

b. memungkinkan imitasi oleh lebih banyak orang (secara tidak
langsung) iaitu kerana jumlah komunikasi lebih luas daripada dalam
proses primer.

c. mengatasi batas-batas komunikasi yang dapat diadakan oleh adanya
balas ruang (geografis) dari batas ruang serta waktu.
Menurut Mahmud Kararn Sulaiman peranan tersebut boleh dirumuskan
sebagai berikut;

1. Mentakrifkan suasana sekitar atau dengan perkataan lain
menyebarkan berita, rnaklumat dan fakta-fakta.

2. Menginterpretasi serta mengulas berita-berita berkenaan dan
suasana yang melatarinya.

 3. Mengungkapkan secara objektif akan mentaliti, sikap dan
kecenderungan massa atau tentang nilai-nilai warisan budayanya untuk
disalurkan dari generasi ke suatu generasi yang lain

4. Menghibur dan menyenangkan hati orang ramai.

5. Mohd. Hamdan Adnan menegaskan: "Menurut Kementerian Penerangan Malaysia, media massa harus bertugas
menyampaikan berita dan maklumat di samping menjadi alat pembelajaran
dan penghibur Kementerian
Penerangan mengesyorkan peranan kornunikasi dalarn konteks negara
Malaysia seperti berikut:-

(a). Menyebarkan maklumat mengenai keadaan masyarakat dan
persekitarannya, termasuk maklumat dari tempat lain yang ada kaitan
dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

(b). Untuk menyebarkan maklumat bagi tujuan membentuk satu bangsa
Malaysia yang berpegang pada prinsip Rukunegara.

(c). Untuk menyebarkan nilai kemasyarakatan yang telah diterima oleh
masyarakat kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.

(d). Untuk menggalakkan dan mengendalikan pengagihan barang dan
perkhidmatan seperti dalarn perniagaan dan sebagainya

(e). Sebagai satu sumber hiburan kepada masyarakat.

(f). Untuk menolong seseorang rnenyediakan dirinya berdamping dengan
masyarakat.
.
Media massa yang rnampu mencapai tujuannya yang luhur ialah media
yang boleh menampilkan maklumat yang tepat, berita yang benar serta
fakta-fakta yang bernas untuk kepentingan seluruh individu masyarakat
dan bukannya untuk segelintir golongan elit sahaja. Perlaksanaan
fungsi ini semata-mata untuk menjunjung tinggi nilai-nilai yang
sihat, pemikiran yang betul dan usaha-usaha yang luhur Tidak ada mana-
mana orang atau kumpulan tertentu yang boleb menunggang langgangkan
kedudukan nilai-nilai luhur tersebut serta merendah-rendahkannya.
Media massa menjalankan fungsinya untuk merealisasi perpaduan
masyarakat dengan usaha membentuk public opinion yang bersatu dalam
menangani isu serta permasalahan orang ramai di samping melaksanakan
tugas vitalnya ke arah pemasyarakatan yang sihat untuk generasi baru. Media massa dalam negara totalitarian menjadi alat yang rnengukuhkan
kuasa kerajaan. Kerajaan membentuk arah tuju public opinion sejajar
dengan pandangan pemimpin kerajaan. Kebebasan media begitu minima dan
terhad. Segala mekanisme komunikasi, saluran informasi dipengaruhi
atau dimiliki oleh kerajaan dan penyokong kerajaan.
Dalam negara yang liberal media dikuasai oleh individu, syarikat dan
korporat yang lebih berorientasikan laba serta mencari keuntungan
dengan menggunakan media. Golongan hartawan dan kapitalis menggunakan
media untuk menampilkan fahaman politik dan budaya mereka di samping
usaha untuk menjaja jenama produk ekonomi mereka kepada orang ramai. Selaras dengan meningkatnya jaringan komunikasi dan informasi yang
merangkumi teleks, faksimili, komputer, intemet dan lebuhraya
maklumat di samping video, radio, televisyen, filem dan lain-lain
penggunaan media massa semakin meluas dan pengaruhnya semakin
menggerunkan, melampaui batas benua. Namun maklumat yang disalurkan
lidak semestinya mutlak benar . lanya lebih merupakan rumusan pihak
tertentu yang berkepentingan terhadap peristiwa atau realiti.
Masyarakat dunia ketiga atau rakyat negara membangun sering menjadi
mangsa serangan budaya dan fikiran yang disalurkan oleb jentera
komunikasi raksaksa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dan zionis.
Oleh itu kita perlu memahami pemikiran dan teori-teori yang menjadi
asas dan titik tolak operasi media massa berkenaan.

3.TEORI DAN DASAR YANG MENCORAKKAN MEDIA

Dalam menangani serta mentadbir-selia media massa perancangan pihak-
pibak tertentu lumrahnya dicorakkan oleh dasar, atau teori dan nilai-
nilai yang diambil pakai oleh mereka. Antara dasar atau teori-teori
yang mempengaruhi haluan dan gerak kerja media massa ialah:
 

 1. Teori Kuasa atau Authoritarian

 Teori ini memusatkan segala-galanya kepada kuasa (power) atau
otoriti. Manakala Otoriti atau au- thoritarian yang dimaksudkan di
sini ialah sistem pemerintahan rnutlak yang tidak yakin dengan
kebebasan media atau demokrasi. Pemerintah dalam sistem ini tidak
membenarkan rakyat ikut serta dalam urusan pemerintahan dalarn apa
jua bentuk sekalipun. Kadang-kadang pemerintah yang autokrasi ini sengaja menggunakan
jentera, lembaga atau mekanisrne yang bercorak demokrasi pada
zahirnya namun pada hakikatnya ia adalah alat yang tidak mempunyai
apa- apa kuasa atau wewenang yang sebenarnya dalam menentukan corak
pemerintahan negara.
Media massa dalam lingkungan teori ini mempunyai eirinya yang
tersendiri. Ia menegaskan;
 a.Negara bertanggungjawab memainkan peranan sebagai guru, pembimbing
atau pemimpin.
b.Negara perlu meraih sokongan massa rakyat. Oleh itu negara perlu
mempengaruhi sikap mereka, menguasai saluran yang menyalurkan
maklumat, idea, pandangan dan berita di samping mengawas segala yang
ditampilkan; sama ada bersifat ulasan, penjelasan mahupun penelitian
atau kajian.
c.Kebanyakkan media informasi adalah milik pemerintah untuk menjamin
pengawalan yang rapi terhadap apa jua yang disiarkan, diterbitkan
atau dipaparkan kepada rakyat.Petugas media massa atau institusinya
tidak bebas untuk mengungkapkan apa-apa pendapat yang berlawanan
dengan pandangan pemerintah sama ada untuk menyediakan mahupun
menyiarkannya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan pihak yang
tertentu yang diberi hak untuk mengizinkan perkara tersebut
disiarkan.

2. Teori Sosialis Russia

Teori ini lahir dari sistem komunis yang rnahu menegakkan masyarakat
komunis yang berfaham kebendaan . Sistem pemerintahannya berteraskan
kepada kedaulatan golongan pekerja.Teori socialis Rusia dalam konteks
penguasaan media ditegakkan atas andaian dan amalan berikut:

-a.Penguasaan mutlak pemerintah terhadap media informasi.

 b.lnformasi adalah jentera rasmi negara. Ia melaksanakan perencanaan
dan dasar negara dan parti komunis. Mana-mana instrusi, akhbar atau
media tidak dibenarkan menyampaikan apa jua pandangan yang berlawanan
dengan pendapat pemerintah atau parti.

c.Segala butir atau bahan informasi yang hendak disiar, diterbit atau
ditayangkan hendaklah melalui pengawasan yang rapi oleh pihak-pihak
yang tertentu. Wartawan dan petugas media massa tidak mempunyai apa-
apa hak dan kebebasan untuk menampilkan pandangan atau komen peribadi
terhadap sesuatu berita atau peristiwa.

d.Kerja-kerja informasi yang berkaitan dengan media massa di
laksanakan oleh sebuah lembaga pusat yang takluk langsung di bawah
kuasa kerajaan atau parti komunis.

e.Public opinion di bawah teori sosialis Rusia adalah hasil dari
penataran jentera informasi atau media yang mengongkong rakyat. la
adalah perumusan pandangan yang terbit dari parti komunis itu sendiri.

3. Teori Kebebasan  

Teori ini menegaskan bahawa kebebasan adalah hak orang ramai.
Pengaruh individu terhadap kebebasan tidak menghalang usaha
merealisasi kepentingan umum dalam masyarakat. lni sejajar dengan
persepsi faisafah bahawa kepentingan umum tercapai apabila individu
dan institusi mencapai kepentingan khusus mereka. Teori ini rnenekankan bebebasan informasi; khasnya kebebasan dari
kawalan pemerintah yang menghalang kebebasan berfikir dan usaha media
rnelaksanakan misi sosialnya.Teori ini begitu laris di Eropah dan
Amerika dalam kurun kelapan belas masihi.Akan tetapi perlaksanaannya
tidak pernah terbukti. la lebih rnerupakan slogan yang terawang-
awang; baik dalam bidang komunikasi dan amalan media massa mahu pun
di dalam bidang-bidang lain.
Akibat dari kesukaran untuk mengamalkan teori ini negara-negara
kapitalis terpaksa menampilkan teori baru yang mereka namakan "Social
Responsibility".

 4. Teori Social Responsibility

Teori ini menandakan tentang perlaksanaan tanggungjawab personal
individu dan institusi yang beroperasi dalam media komunikasi.
Prinsip-prinsip asasnya antara lain rnenjelaskan bahawa;
a). Teori ini lahir dari hakikat kebebasan itu adalah merupakan hak dan
sekaligus tanggungjawab . Oleh hu kebebasan dengan pengertian
demikian adalah suatu jaminan agar kepimpinan politik yang menerajui
negara sentiasa berhubung rapat dengan aspirasi rakyat dan tuju-hala
mereka.
b). Pemerintah tidak berhak menyekat akhbar dan media yang dimiliki
oleh individu, institusi khusus atau swasta. Oleh itu media dalam
masyarakat mencerminkan kepelbagaian idea dan pandangan; tanpa
pengarub kerajaan. Satu-satunya kuasa yang membatasi media ialah
keinsafan dalaman petugas media itu sendiri atau dasar khusus yang
digubal oleh insthusi media berkenaan untuk para petugasnya.

 c). Massa rakyat bebas rnernbaca atau mengikut media informasi yang
selaras dengan kecenderungan mereka. Mereka juga bebas menyatakan
pendirian masing-masing meskipun bercanggah dengan pendapat rasmi
orang yang berkuasa. Kebebasan memberi pendapat, kebebasan
kewartawanan dan penerbitan merupakan hak yang dijamin oleh
perlembagaan dan pemerintah di kebanyakkan negara serta dipertahankan
oleh rakyatnya.
 
d). Pandangan umum atau public opinion menurut teori tanggungjawab
sosial adalah merupakan tempat di mana media informasi berperanan
sama ada menarik perhatian umum atau mempengaruhi pandangan umum
tersebut. Manakala pemantapan pandangan umum digarap oleh jentera
negara atau kementerian penerangan dan media massa bebas dengan
perancangan bersepadu berasaskan kajian ilmiah terhadap arah atau
kecenderungan pendapat umum.
Kendatipun demikian muluknya teori ini namun realiti membuktikan
bahawa dasar kebebasan ini jarang sekali dipraktikkan. Media massa
itu sendiri kerap menjadi batu penghalang dalam merealisasi kebebasan
memberi pandangan. Pendapat-pendapat sering tersalur kepada orang
ramai menurut batasan ruang-ruang yang ada di dalam akhbar atau
majalah dan rangkaian radio atau televisyen itu sahaja. Dari sudut lain institusi penerangan atau informasi tertentu sering
pula merampas kebebasan petugasnya: Seorang wartawan umpamanya tidak
bebas menulis berita atau pendapat peribadinya secara professional.
Ia sering terikat dengan pandangan pemilik-pemilik institusi media
tersebut meskipun kadang- kadang bercanggah dengan hakikat sebenar
 
Wartawan sering terbelenggu dengan sikap dan kecenderungan ketua
pengarang. manakala ketua pengarang terpaksa tunduk kepada kehendak
majikan. Majikan pula mungkin terpaksa melutut kepada patron atau
pihak yang lebih berkuasa.
Dalam waktu yang sama terdapat pula gejala di mana ramai golongan
petugas media dan institusi media yang menyalahgunakan prinsip
kebebasan dalam mengeluarkan pendapat. kebebasan menulis dan
menerbitkan bahan dengan menjolok sekali sehingga menggugat
kepentingan umum. Perkara ini dilakukan semata-mata lantaran menurut
nafsu atau untuk meraih keuntungan yang murah.
 Hal ini telah
menyebabkan kemestian kuasa pemerintah masuk campur untuk
merealisasikan matlamat luhur perlembagaan serta melindungi hak
rakyak di samping hak media itu sendiri untuk dapat memainkan tugas
mereka dengan cara yang beramanah dan bermaruah. Masuk campur
kerajaan ini wajar untuk menghalang penyelewengan media itu sendiri. Bentuk masuk campur kerajaan untuk meluruskan amalan penyebaran
informasi oleh media berlandaskan teori tanggungjawab sosial ialah
seperti berikut;

1. Melalui Perundangan Dalam hubungan ini kerajaan menggubal akta dan peraturan unluk
menjamin kebebasan memberikan pendapat unluk individu dan kumpulan.
Hal ini membolehkan mereka mempunyai peluang yang cukup unluk
menampilkan pendapat tanpa susah payah dalam wakunya yang sesuai.

2. Lesen atau Permit Khas Iaitu dengan cara mewajibkan akhbar, institusi penerbitan, station
radio atau tv swasta mendapat lesen khas terlebih dahulu sebelum
memulakan kegiatan mereka, untuk mendapatkan lesen tersebut
diperlukan kesediaan beriltizam dengan beberapa syarat yang menjamin
kebebasan memberi pendapat secara yang sihat, terlepas dari
penyelewenngan dan salah laku yang serius.Akan tetapi sayang seribu
kali sayang. Lesen ini sering pula menjadi pisau pencantas besar yang
memenggal leher institusi-institusi media. la sering berubah menjadi
alat mengongkong pendapat opposisi atau pihak yang membangkang
kerajaan.

3. Bantuan Khas laitu kerajaan membantu institusi media milik swasta dengan kemudahan
kewangan, teknikal dan sokongan moral untuk ia dapat menjalankan
tugas sucinya secara professional, berterusan dan berkesan.

4. Menggagaskan Dasar dan Perancangan Tertentu Dalam hubungan ini kerajaan menggariskan dasar komunikasi dan
informasi tertentu serta perancangan yang rapi untuk meningkatkan
mutu profesionalisme para petugas dan institusi media massa.7
Huraian-huraian di atas cukup untuk menjadi asas kita memahami asas-
asas teori amalan etika media rnassa yang diambil pakai oleh berbagai
pihak dalam bidang penyeliaan media massa.
 

5. ETIKA MEDIA MASSA

Di Malaysia Etika Media Massa belum dirumuskan dalam bentuknya yang
menyeluruh. Sebab itu agak sukar untuk menanganinya secara
keseluruhan. Dasar penyiaran negara masih samar8, bagaimanapun
kebebasan media diikat melalui dua cara iaitu akta-akta seperti akta
percetakan dan penerbitan 1984.Akta Hak Cipta 1987, Akta hasutan dan
melalui pemilikan institusi media itu sendiri. Ada berbagai media massa yang perlu kila sorot aspek etikanya. Oleh
kerana kesempatan yang terhad rnaka kita hanya akan rnenyorot
beberapa aspek sahaja dengan memberi penekanan kepada etika
kewartawanan.
Antara Etika yang telah dirumus oleh himpunan para wartawan ialah
Etika Kewartawanan berikut; Bahawasanya wattawan adalah mendokong prinsip-prinsip Rukunegara dan
cita-cita nasional yang terkandung di dalamnya;menyedari kewajipannya
untuk memberi sepenuh sumbangan pada memupuk keharmonian antara kaum
dan perpaduan nasional;
Menyedari peri bahaya komunisme, perkauman dan ketaksuban agama
kepada kestabilan dan keselamatan negara; menyedari pentingnya
masyarakat liberal, toleran, demokratik dan peranan tradisi
kewartawanan bebas dan bertanggungjawab yang berkhidmat untuk rakyat,
dengan melaporkan fakta-fakta yang benar tanpa rasa takut atau berat
sebelah; menyedari bahawa kewartawanan yang amanah adalah suatu aset
kepada negara; Menyedari pentingnya menegakkan nilai pekerti masyarakat yang baik
dan asli,. menyedari bahawa tiada sebarang sekatan boleh diadakan
bagi penyertaan seseorang ke dalam profession wartawan, menyedari
bahawa kewartawan yang amanah adalah suatu aset kepada negara.
Maka dengan ini berpandu kepada Tatasusita Kewailawanan Malaysia yang
berikut:
 

 1.Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati
hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar.


2.Dalam melaksanakan tugas ini, dia menghayati kebebasan memungut dan
menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan
kritikan yang saksama.
3.Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan
berita, gambar/ filem dan dokumen.
4.Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat
hendaklah diperbetulkan.
5.Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita. 6.Wartawan hondaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan
mengelakkan diri dariplagiarisma, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak
berasa serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
7.Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang
bersifat perkauman, melampau dan betentangan dengan tatasusila
masyarakat majmuk Malaysia;
8.Wartawan hendaklah mamahami undang-undang dan peraturan negara yang
berkaitan secara langsung dengan profession.
Sekali imbas kita dapat merasakan bahawa asas Kod Etika kewartawanan
ini bertolak dari teori Tanggungjawab Sosial. la juga dilandaskan
atas dasar sistem pemerintahan liberal dan sekular yang diamalkan
oleh pemimpin negara.
 Falsafah yang dominan dalam konteks ini ialah
negara bersikap berkecuali dari agama. Agama Islam bukan asas
pemerintahan negara meskipun Islam dinyatakan sebagai agama resminya.
Oleh kerana itu undang-undang Islam seperti hudud masih dilihat asing
dan tidak membawa keadilan kepada masyarakat majmuk.Apa yang
diamalkan ialah sekadar undang-undang kekeluargaan Islam dan ibadat
dalam ertikata sempit. Ketaksuban sering diertikan sebagai berpegang kuat kepada ajaran
agama. Oleh itu ia adalah gejala yang tidak sihat, oleh itu perlu
dihindari. Kod etika kewartawanan ini mendokong faham demokrasi, kewartawanan
bebas, bertanggungjawab dan tidak berat sebelah. lni adalah suatu
yang positif. Meskipun demikian amalan berat sebelah atau
professionally bias dan crudely bias merupakan budaya para wartawan
dan media massa kini. 

MY FEATURE WRITING

Kemalangan Bas Ekspres Satu Fenomena.

               

Apabila terbaca satu berita mengenai sebuah kemalangan bas ekspres di Taiping pada 13 Ogos 2007, kira-kira pukul 4.30 pagi yang mana melibatkan seramai 22 orang penumpang terbunuh, 10 orang yang lain cedera, 1 daripadanya parah, ia  merupakan kemalangan  terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah negara pada tahun ini.

 Yang lebih mengejutkan, kemalangan ngeri itu berlaku semasa bas ekspres “Super” itu sedang menuruni bukit sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelah kiri dan terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter di KM 229 Lebuhraya Utara Selatan, di Bukit Gantang. Bas ekspres itu remuk dan bumbungnya tercabut serta mengakibatkan beberapa orang penumpang tercampak dan sebahagiannya tersepit di dalam bas itu. Bas itu  membawa 29 orang temasuk pemandu dan pembantu pemandu dalam perjalanan dari Melaka ke Butterworth.               

Apa yang berada di benak fikiran kita ialah, kemalangan yang berlaku ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor namun fenomena ini menjadi semakin berlarutan sehinggakan masyarakat di negara ini mentafsirkannya sebagai ” musim bas terbalik” atau “badi bas ekspres”. Adakah faktor utama kepada berlakunya kemalangan bas-bas ekspres ini berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri atau berpunca daripada faktor-faktor yang lain?               

Namun begitu ramai yang bersetuju bahawa kecuaian manusia merupakan penyebab kemalangan jalan raya yang paling utama. Dari perspektif  psikologi, terdapat ciri-ciri individu yang mempunyai kecenderungan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya ini. Ciri-ciri tersebut adalah seperti bersifat ekstrovert, keakuran conformity, dan juga sifat psikotik ( Norazimah Ibrahim dan Jaminah Ibrahim, 1999).  Kajian Innaci Das dan Wan Rafaei mendapati bahawa terdapat hubungan pemandu yang bersifat ekstovert dengan kemalangan jalan raya. Ini bermakna mereka yang lebih bersifat “go lucky dan outgoing” lebih cenderung untuk menghadapi kemalangan jalan raya. Sikap keakuran juga ada hubungan dengan kemalangan jalan raya di mana pemandu yang lebih akur dengan peraturan jalan raya lazimnya tidak cenderung untuk mengalami kemalangan berbanding dengan pemandu yang tidak atau kurang akur kepada undang-undang jalan raya. Sifat psikotik pula ialah di mana individu yang memaparkan sifat seperti suka bersendirian atau ganas dan agresif, tidak berperikemanusiaan dan tidak faham masalah orang lain adalah lebih cenderung mengalami kemalangan jalan raya.            

    Selain daripada faktor-faktor di atas, faktor usia, jantina dan corak pendidikan boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia, terdapat tiga faktor utama kemalangan jalan raya boleh berlaku. Faktor-faktor tersebut ialah:- faktor manusia 67%, keadaan jalan dan alam sekitar 28%, keadaan kenderaan 5%. Bagi faktor manusia, kemalangan boleh berlaku kerana pemandu terlibat memandu lebih hadlaju, menggunakan lorong kecemasan, mengikut kenderaan terlalu rapat, memotong garisan berkembar, memotong barisan, keletihan, mengantuk atau membabitkan penggunaan dadah. Bagi faktor jalan raya dan alam sekitar pula, punca kemalangan berpunca dari jalan yang berselekoh tajam dan berlubang. Sementara faktor kenderaan pula, berpunca daripada lampu brek tidak menyala atau rosak dan brek rosak.              

  Walaupun banyak faktor-faktor yang merupakan punca kepada kemalangan jalan raya, namun jauh di sudut hati mengatakan sikap pemandu itu sendiri adalah faktor utama kepada keselamatan diri mereka sendiri dan nyawa penumpang-penumpang lain ketika berada di jalan raya. Apabila mengingati peristiwa kemalangan bas ekspres yang berlaku baru-baru ini, ramai yang dihantui dengan perasaan ketakutan dan kebimbangan untuk pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspres lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.                  

 Mana tidaknya ekoran kejadian kemalangan bas ekpres yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, di Bukit Gantang, Taiping baru-baru ini banyak pula kemalangan bas ekspres yang berlaku antaranya Bas Ekspres Triton yang terbabas sebelum terbalik di kilometer 30.3, Jalan gua Musang-Kuala Krai pada 21 Ogos 2007 dan menyebabkan seorang penumpang terbunuh manakala 28 lain tecedera, termasuk empat parah. Selepas itu, sebuah Bas Ekspres Konsortium yang remuk teruk selepas melanggar sebuah treler di kilometer 362, Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River pada 22 Ogos 2007 pada 12.30 malam dan mengakibatkan 25 penumpang bas nyaris maut. Dan pada 12 September 2007 di Alor Setar dalam kejadian kemalangan sebuah bas sekolah yang terbalik di kilometer 12.8 Jalan Gulau-Baling di Kampung Batu Lapan Tanjung Pari menyebabkan 7 maut, 43 tercedera termasuk 9 daripadanya parah.              

  Apa yang mengayat hati ketika terbaca mengenai kemalangan bas ekspres yang terburuk berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, di Bukit Gantang sebulan yang lepas, semua mangsa kejadian di situ masih berada dalam bas termasuk ada mangsa yang bertindih dengan kecederaan parah di kepala.  Dan juga salah seorang mangsa wanita yang terkulai sambil memangku anak kecilnya yang masih berusia tiga tahun maut di tempat kejadian dengan keadaan wanita itu yang kepalanya terpusing ke belakang sambil memangku anaknya begitu mengayat perasaan. Budak kecil yang berusia tiga tahun itu terselamat dan bapanya juga turut terbunuh dalam nahas kemalangan ngeri itu.               

Apakah tindakan wajar yang seharusnya patut diambil oleh semua pihak? Adakah kita hanya mernunding jari kepada satu pihak sahaja?  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy berkata siasatan awam mendapati kemalangan ini dipercayai akibat kecuaian manusia. Cara-cara lain untuk mengatasi peningkatan kemalangan jalan raya yang sering berlaku ini ialah beberapa strategi boleh dilakukan seperti dari sudut penguatkuasaan, pendidikan dan kejuruteraan. Ketiga-tiga strategi ini merupakan strategi yang amat penting pada fikiran saya sendiri dan harus dipertingkatkan pelaksanaannya. Dalam melaksanakan ketiga-tiga strategi ini, teknik psikologi boleh diaplikasikan agar lebih berkesan dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.               

Dari strategi penguatkuasaan, semua pihak terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pasukan polis haruslah mempertingkatkan operasi penguatkuasaan untuk memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya dipatuhi. Percaya atau tidak, kehadiran fizikal anggota polis secara psikologinya memberi pengajaran dengan menakutkan pemandu untuk melanggar peraturan. Hukuman denda juga haruslah tegas kepada pesalah mengikut kategori kesalahan. Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkapi dengan penguatkuasaan undang-undang.             

   Dari strategi pendidikan pula, pengguna jalan raya harus disemaikan dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya. Untuk mengurangkan kemalangan yang berlaku, pengguna jalanraya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keserlamatan jalanraya dan juga mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai pengguna jalan raya.  Contohnya pendidikan di sekolah melalui program yang berkaitan dengan keselamatan di jalan raya. Ibu bapa seharusnya bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka untuk lebih berhemah di jalan raya.               

 Dari segi kejuruteraan pula, struktur atau keadaan jalan raya seharusnya tidak diabaikan dari segi pembaikan strukturnya.                

  Cara-cara mengatasi melalui penyelidikan juga boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang, tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah ini secara langsung. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah kemalangan ini adalah seperti dalam bidang ilmu kaji kejenayahan (criminology) dan pengurusan jalan. Penyelidikan ini diyakini boleh membantu mengurangkan kemalangan jiwa yang berlaku kerana denagan adanya sistematik yang terurus, maka mengurangkan tekanan jiwa dan salah laku jalan raya.              

  Susulan dari itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan satu Ops Bersih 1 dari 22 hingga 30 ogos lalu, dan seterusnya Ops Bersih II yang bermula sejak 3 September hingga hari ini. Sebanyak 5,213 bas ekspres dengan 751 saman dikeluarkan dalam Ops Bersih II ini.  Ops Bersih II ini akan disambung dengan Ops Sikap 2007 sempena musim perayaan  untuk bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya.              

  Namun begitu sifat sabar harus ada pada  semua pemandu ketika berada di jalan raya sebagaimana dibuktikan dalam ayat 153 surah al-Baqarah yang bermaksud, “ Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan denagan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang, kerana sesungguhnya Allah bersama o’rang-orang yang sabar. Semoga kemudahan jalan raya di negara ini bukanlah sebagai medan atau lorong maut yang menjadi igauan mimpi ngeri bagi setiap masyarakat kita pada setiap tahun dan semoga semua roh-roh mangsa kemalangan jalan raya ditempatkan bersama-sama para solehin dan dirahmati. Al-fatihah.                                                                                                                                   

 REFERENCES

1)       Mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms

2)       www.johordt.gov.my/adun/home.php?iddun=4

3)       Ms.wikipedia.org/wiki

4)       Abdul Rahman Md.Aroff.1999.Pendidikan Moral:Teori Etika dan Amalan Moral, Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

5)       Ahmad Nazri Mohamad.2005: Sopan di Pejabat, Samseng di Jalan,Arkib Berita Harian Metro.

6)       Khairul Azhar b Idris.2005. Keutuhan Moral Bantu Banteras Jenayah. Artikel Semasa 2005. IKIM.

7)       Kosmo.

8)       Metro

9)       Utusan Malaysia.

10)    Berita Harian

 MY NEWS 

Orang minyak ceroboh asrama

Oleh Norlina binti Rusli

Nilai – Salah sebuah Kolej Kediaman Universiti Sains Islam Malaysia telah digemparkan dengan berita kehadiran “orang minyak” yang cuba mencerobohi tempat tinggal mereka.

 Kejadian ini berlaku pada waktu tengah malam ketika penghuni asrama sedang tidur.              

  Menurut sumber yang ditemui, beberapa saksi ada melihat kelibat “orang minyak”  yang berkeliaran di kawasan kolej kediaman ini tanpa seurat benang. Apa yang merunsingkan ialah berita kehadiran “orang minyak” ini masih belum dapat dipastikan kebenarannya, kerana tiada sebarang bukti yang dijumpai.              

 Namun langkah berjaga-jaga perlu diambil kira kerana ia melibatkan keselamatan penghuninya.

Kolej kediaman ini hanya didiami oleh penuntut-penuntut dari kalangan mahasisiswi-mahasiswi yang dianggarkan seramai 2000 orang. Menurut Jawatankuasa Kolej Kediaman Camellia Court (JAKSA), Madihah binti Mohd. Yusof, 24 tahun, yang ditemui berkata, ” perkara ini telah dilaporkan kepada pihak pengurusan asrama, dan beberapa tindakan susulan akan diambil dengan memperketatkan kawalan keselamatan di setiap blok kolej kediaman ini.” 

  Namun di sebalik kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan bukanlah satu alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan kawasan keselamatan.

Pihak pengurusan seharusnya cepat bertindak supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Takut nak naik lif lagi

Oleh Norlina binti Rusli

 Bandar Baru Nilai – Beberapa pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dilanda kerungsingan kerana berhadapan dengan masalah kerosakan lif yang berlaku kerap kali.

Mereka menggunakan kemudahan lif ini setiap hari untuk menghadiri ke kuliyah dan turun untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain.                

Penuntut dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM, Nor Ain binti Manap, 22 tahun meluahkan rasa kebimbangan untuk menggunakan kemudahan lif ini.

“Saya terpaksa meggunakan tangga kecemasan untuk turun ke bawah membeli makanan.

” Menurut sumber lain, beberapa pelajar telah terperangkap dalam lif selama 15 minit sehingga dapat dikeluarkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu.                

Tambahan pula, pelajar-pelajar senior USIM di sini terpaksa berebut untuk menggunakan perkhidmatan lif ini ketika pergi dan pulang dari kelas.

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk mengatasi masalah yang melanda ini supaya tidak berulang lagi.           

 

 Adam AF hangatkan suasana

Oleh NORLINA BINTI RUSLI 

NILAI- Adam AF2 yang terkenal dengan lagu “Hai” telah membuat persembahan pada malam program “Keluarga Bahagia Tanpa Dadah” anjuran Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di Nilai 3.               

Persembahan pada malam itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk berdekatan khususnya para belia dan pengunjung –pengunjung yang datang ke pusat membeli belah terkenal itu.Program Keluarga Bahagia Tanpa Dadah ini diadakan selama tiga hari yang bemula pada 15 Feb 2008 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Yusof Harmuin, ADUN Sekinchan.               

 Artis yang turut menghiburkan  pada malam itu ialah artis-artis tempatan yang lain seperti Salwa, A.Rahman Onn, Ejam, Nas Adila, dan Anis Anisah.              

  Adam AF, 23, ketika ditanya pendapat tentang program Keluarga Bahagia Tanpa Dadah ini amat berbangga kerana dijemput oleh pihak penganjur untuk turut serta menjayakan program ini di Nilai 3.               

 “Saya cuba buat yang terbaik untuk menjayakan persembahan pada malam ini supaya dapat menarik perhatian belia dan memberi galakan kepada mereka agar menjauhi dadah,” katanya lagi.               

Adam juga meletakkan harapan tentang program ini agar diteruskan ke seluruh negeri.              

  “Saya berharap agar belia kita dapat menghindari dadah dan kalau boleh jangan cuba untuk merokok sekalipun,” kata bekas pelajar AF2 ini dengan penuh harapan.                

  Persembahan tersebut menarik perhatian para penonton kerana dapat berpeluang menyanyi dan menari bersama artis-artis jemputan tersebut..            

    Apa yang menarik lagi pada malam itu adalah acara gimik Belia Benci Dadah yang disertai oleh YB Dato’ Haji Mohd Yusof Harmuin, ADUN Sekinchan diiringi oleh En.Kamaruzaman bin Ariffin yang merupakan penganjur besar program ini dan juga disertai oleh artis-artis jemputan itu.               

 Acara gimik tersebut ialah pembakaran api secara beramai-ramai yang menunjukkan belia benci dadah dan jauhi untuk mendekati najis dadah yang disertai oleh para belia, ibu bapa, dan kanak-kanak.                          

      En. Abdul Karim bin Lajis, 59, pengurus Syarikat AKMA berkata, program keluarga bahagia tanpa dadah ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat khususnya belia dan ibu bapa kerana ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.             

   “Program sebegini kurang didedahkan dan mendapat sambutan dari belia-belia tempatan. Ini kerana mereka takut untuk datang ke program ini dan risau ditangkap oleh pihak-pihak berkuasa dan PEMADAM,” katanya lagi.              

  Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM dan MPN merupakan penganjur besar bagi program ini.         

       Banyak syarikat korporat dan agensi swasta turun ke padang untuk memberi komitmen bagi menjayakan program ini antaranya ialah Syarikat Naza Bike, Proton, Sabun Bius Sinar, Kraftangan, Artisi Food Court, Tajuddin Food Court, AKMA, dan ketinggalan juga anggota-anggota bomba dari Nilai yang datang untuk membuat pameran di sini.               

 Seorang belia Mohd.Zakrul bin Hisyam,24, pekerja swasta, berkata program seperti ini seharusnya diadakan di sekolah-sekolah, IPTA/S, syaikat-syarikat swasta dan awam.              

  “Penerapan program seperti ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak dan perlu bergerak secara aktif,” tambahnya lagi.               

 Abdullah bin Malik, 34, penjawat awam, berpendapat bahawa program ini jarang mendapat sambutan oleh semua pihak kerana ia merupakan program ilmiah dan sampingan sahaja.               

“Pihak penganjur seharusnya menyediakan aturcara-aturcara yang menarik dan sekaligus menggalakkan para belia menyertai program ini”.   

GAWAT DI GELANGGANG FUTSAL

Oleh NORLINA BINTI RUSLI 

                            

Nilai- Gawat, apabila menyaksikan gelagat-gelagat beberapa pemain mahasiswi yang menyertai pertandingan futsal di peringkat SUFA di kompleks sukan USIM ini.           

Pertandingan futsal SUFA ini merupakan penyertaan terbuka kepada mahasiswa-mahasiswi USIM dari semua fakulti.             Gerakan lincah pemain-pemain mahasiswi menggelecek bola menggamit suasana para penonton dan penyokong yang datang untuk menyaksikan pertandingan futsal pada hari tersebut.            Aksi hebat mereka di gelanggang futsal ini menunjukkan kepada mahasiswa-mahasiswa USIM bahawa mereka juga mampu dan mempunyai bakat yang terpendam dalam arena sukan futsal ini.            Pasukan mahasiswi dari Fakulti Sains Teknologi telah menjuarai pertandingan futsal ini dengan melakukan jaringan penalti sebanyak 1-0 dan menang tipis bertemu dengan pihak lawan dari Fakulti Syariah Undang-undang.            Berpegangkan pada satu misi “yang gagah biar megah, yang menang biar layak dan yang kalah biar bermaruah” telah membuktikan kepada pasukan-pasukan lain bahawa mereka muncul sebagai juara.             Noralina bte Zainal Abidin,21, amat gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh pasukannya dalam pertandingan futsal ini.            “Saya tidak menyangka pasukan kami layak hingga ke peringkat akhir dan amat bersyukur dengan kejayaan yang kami perolehi ini”.            Beliau merupakan penjaga gol dan selaku ketua pasukan Fakulti Sains Teknologi ini amat menitikberatkan disiplin ketika berada di dalam latihan.            Pasukan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dari kalangan mahasiswa pula telah menjadi johan keseluruhan bagi pertandingan futsal ini.            Dengan jaringan sebanyak 2-0 telah berjaya menumpaskan pihak lawan dari Fakulti Ekonomi Muamalat.            Apa yang jelas di sini, mahasiswa dan mahasiswi USIM bukan sahaja berjaya mempamerkan bakat-bakat mereka, malah melahirkan beberapa wira universiti yang mampu menempuhi pelbagai cabaran dalam arena sukan di peringkat yang lebih tinggi.     

 

SONG: INGKAR – BUNGA CINTA LESTARI

di saat cinta tercipta
semestinya aku merasa
di kala hasrat mendalam
semestinya aku berbalas

dari hati kini kusadari
tak semestinya aku berkasih
jika hati tak dapat berbagi
baiknya rasa itu tersimpan dalam

c/o:
semestinya aku mencinta
seharusnya aku menyayang
oh maafkan jika
semua ini yg kuberikan untukmu

ulang c/o

dari hati kini kusadari
tak semestinya aku berkasih….

Published in: on February 25, 2008 at 9:12 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: http://804l.wordpress.com/2008/02/25/welcome-to-my-blog/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: